POLIS BANTUAN PERLU KOMITED

4 05 2010


MUAR 14 Mac – Semua polis bantuan yang dilantik berkhidmat sebagai
pengawal keselamatan di agensi-agensi terkemuka di negara ini perlu
melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Timbalan
Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar, Asisten
Komisioner Sahabudin Abdul Manan berkata, ini kerana tanggungjawab
menjaga keamanan dan keselamatan di agensi itu terletak di bahu mereka.


Agensi terbabit termasuk Percetakan Nasional Malaysia (PNM),
Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Antara Steel, Bintulu Port, Felda,
RapidKL, Sarawak Oil Palm, Megasteel, Pos Malaysia Bhd., Kuantan Port
dan Bank Negara.

Beliau berkata, polis
bantuan perlu melaksanakan tugas tanpa mengira waktu demi menjamin
keamanan dan mengelak daripada terbabit dengan amalan rasuah yang boleh
menjejaskan imej pasukan polis.

“Selepas bertugas kelak, setiap
polis bantuan akan terdedah dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan
sekiranya mereka leka, polis bantuan terbabit akan mudah terjebak dalam
kegiatan yang memalukan pasukan seperti rasuah,” katanya.

Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Perbarisan
Tamat Latihan seramai 140 pelatih Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2008
Pusat Latihan Polis (Pulapol) Muar di sini semalam.

Turut hadir,
Komandan Pulapol Muar, Deputi Supritendan Md. Khair Othman dan Pegawai
Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Supritendan Ismail
Latip.

Semua polis bantuan yang menamatkan kursus selama dua
bulan bermula Julai lalu itu akan ditempatkan sebagai pengawal
keselamatan di 14 agensi terkemuka di seluruh negara.

Sementara
itu, Konstabel Nasim Mohammed Pouzi, 20, yang bertugas di Pos Malaysia
Berhad dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan.

Selain
beliau, Konstabel Mohd. Naim Azizan, 22, yang juga bertugas di Pos
Malaysia Berhad dipilih sebagai pelatih terbaik latihan luar manakala
Konstabel Nik Khairul Izani Adni, 26, yang bertugas di Bank Negara
dipilih sebagai pelatih terbaik dalam bidang akademik.

(Dipetik
dari Utusan Malaysia Online – Johor)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: