Malaysia kekurangan Polis Bantuan

4 05 2010

Perlu 7,605 lagi sebagai tambahan 13,454 anggota sedia ada
bagi capai sasaran 21,059 anggota

SANTUBONG: Malaysia memerlukan 7,605 lagi anggota Polis Bantuan untuk
mencapai sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkuatkan pasukan
Polis Bantuan kepada 21,059 anggota, kata Pengarah Pengurusan PDRM,
Pesuruhjaya Polis Datuk Abdul Razak Bokhari.

Beliau berkata, setakat ini hanya terdapat 13,454 anggota Polis
Bantuan pelbagai pangkat seperti superintenden dan konstabel yang
ber-tugas menjaga keselamatan di seluruh negara.

“Sehubungan itu, kita menyeru kepada agensi-agensi kerajaan, separa
kerajaan dan swasta supaya membuat permohonan menyertai Polis Bantuan.

“Ini kerana tanggungjawab menjaga nyawa dan harta benda memang kita
serahkan kepada agensi masing-masing,” katanya pada sidang media sempena
Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan dan Pegawai-pegawai kanan
PDRM Ke-20 APAC, di sini, semalam.

Menurut beliau, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman akan membuat pertimbangan
serta meluluskan permohonan agensi-agensi berkaitan untuk menambah atau
mengambil Polis Bantuan selaras dengan kriteria-kriteria yang
ditetapkan.

“Ini terpulang kepada mereka (agensi-agensi), jika mereka fikirkan
pertambahan perlu maka mereka perlu melakukannya.

“Kami tidak boleh memaksa mereka untuk membuat pertambahan kerana
per- mohonan adalah secara suka-rela,” katanya.

Razak menambah, bidang kuasa anggota Polis Bantuan juga sama dengan
anggota polis biasa mengikut pangkat-pangkat.

“Seperti tugas-tugas polis biasa, kita (Polis Bantuan) juga boleh
melakukan pencegahan jenayah di kawasan bertugas.

“Selain itu, mereka juga boleh menjadi mata dan te-linga PDRM bagi
membantu kami mendapatkan maklumat untuk mencegah jenayah,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sarawak Energy Berhad
(SEB) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, SEB turut melatih
pegawai-pegawainya sebagai Polis Bantuan bagi meningkatkan kesela-matan.

“Ini sangat penting untuk memperkasakan tugas-tugas mereka ketika
menjalankan kerja-kerja pemeriksaan atau semakan meter.

“Anggota-anggota seperti ini dapat membantu membanteras aktiviti
kecurian kabel dan peralatan SEB.

“Anggota-anggota telah berjaya menumpaskan tiga kes curi kabel pada
tahun ini,” katanya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: