POLIS BANTUAN.

23 04 2010

In Malaysia, auxiliary police refers to sworn security police officers serving in autonomous government agencies such as the Malaysian Federal Reserve Bank (Bank Negara), the National Anti-Drug Agency (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan – AADK), the Federal Land Development Agency (FELDA) and the Inland Revenue Board (Lembaga Hasil Dalam Negeri); and other institutions with semi-governmental interests. Such institutions include the National Savings Bank (Bank Simpanan Nasional – BSN), Malayan Railways Limited (Keretapi Tanah Melayu Berhad – KTMB), Post Malaysia Holdings Berhad (the national postal service), Malaysia Airports Holdings Berhad (the largest Malaysian airport operator), the North-South Highway Project (Projek Lebuhraya Utara Selatan – PLUS), Tenaga Nasional Berhad (the national power service) and other similar strategic organizations.

Most of these organizations have already been privatized but are allowed to maintain an auxiliary police unit. Under special circumstances, auxiliary police units have also been established by private companies with no government interests at all such as the force maintained by Resorts World Berhad (RWB), the company that operates the popular resort and casino at Genting Highlands. They are not attached per se to the Royal Malaysian Police, but are granted some police powers such as the power to carry out minor investigations or to make arrests within their area of jurisdiction. Some forces are also conferred the authority to issue traffic summonses (that are paid to the Federal Government, not the issuing organization) for offences committed on their area of jurisdiction.

While Malaysian auxiliary police officers are empowered to carry firearms, for this purpose they are subject to the same application and approval procedures as any other private company instead of being treated as part of the Royal Malaysian Police. Malaysian auxiliary police uniforms have been traditionally different from those of the regular police, but a consolidation exercise by the Management Department of the Royal Malaysian Police Federal Headquarters (Bukit Aman) in 2004 has since authorised the use of regular police dress, insignia and other paraphernalia for sworn auxiliary police officers. The only differences are the unit patches (worn by auxiliary police officers only, sewn on the left sleeve), the shoulder title (which says “Polis Bantuan” or Auxiliary Police, instead of “Polis Diraja” or Royal Police) and the service number (worn by junior police officers of Sergeant Major rank and below, just above the right breast pocket; auxiliary police numbers begin with the letters ‘PB’ whereas regular officers numbers do not contain any letters.) Under Malaysian law, auxiliary police officers are obliged to serve voluntarily and are therefore not paid by the Government.

As such, they are designated full-time employees of the departments or corporations they serve and are remunerated on a different scale than regular police officers. Under the Police Act of 1967 (Revised 1988) (Act 344), the Inspector-General of Police (IGP), with the consent of the Minister in charge of police affairs and the King, may appoint any person to hold honorary auxiliary police ranks to the level of Superintendent of Police and below, and to establish their areas of jurisdiction.





POLIS BANTUAN PERLU KOMITED

4 05 2010


MUAR 14 Mac – Semua polis bantuan yang dilantik berkhidmat sebagai
pengawal keselamatan di agensi-agensi terkemuka di negara ini perlu
melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Timbalan
Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar, Asisten
Komisioner Sahabudin Abdul Manan berkata, ini kerana tanggungjawab
menjaga keamanan dan keselamatan di agensi itu terletak di bahu mereka.


Agensi terbabit termasuk Percetakan Nasional Malaysia (PNM),
Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Antara Steel, Bintulu Port, Felda,
RapidKL, Sarawak Oil Palm, Megasteel, Pos Malaysia Bhd., Kuantan Port
dan Bank Negara.

Beliau berkata, polis
bantuan perlu melaksanakan tugas tanpa mengira waktu demi menjamin
keamanan dan mengelak daripada terbabit dengan amalan rasuah yang boleh
menjejaskan imej pasukan polis.

“Selepas bertugas kelak, setiap
polis bantuan akan terdedah dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan
sekiranya mereka leka, polis bantuan terbabit akan mudah terjebak dalam
kegiatan yang memalukan pasukan seperti rasuah,” katanya.

Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Perbarisan
Tamat Latihan seramai 140 pelatih Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2008
Pusat Latihan Polis (Pulapol) Muar di sini semalam.

Turut hadir,
Komandan Pulapol Muar, Deputi Supritendan Md. Khair Othman dan Pegawai
Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Supritendan Ismail
Latip.

Semua polis bantuan yang menamatkan kursus selama dua
bulan bermula Julai lalu itu akan ditempatkan sebagai pengawal
keselamatan di 14 agensi terkemuka di seluruh negara.

Sementara
itu, Konstabel Nasim Mohammed Pouzi, 20, yang bertugas di Pos Malaysia
Berhad dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan.

Selain
beliau, Konstabel Mohd. Naim Azizan, 22, yang juga bertugas di Pos
Malaysia Berhad dipilih sebagai pelatih terbaik latihan luar manakala
Konstabel Nik Khairul Izani Adni, 26, yang bertugas di Bank Negara
dipilih sebagai pelatih terbaik dalam bidang akademik.

(Dipetik
dari Utusan Malaysia Online – Johor)





POLIS BANTUAN PERLU KOMITED

4 05 2010

MUAR 14 Mac – Semua polis bantuan yang dilantik berkhidmat sebagai
pengawal keselamatan di agensi-agensi terkemuka di negara ini perlu
melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Timbalan
Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar, Asisten
Komisioner Sahabudin Abdul Manan berkata, ini kerana tanggungjawab
menjaga keamanan dan keselamatan di agensi itu terletak di bahu mereka.


Agensi terbabit termasuk Percetakan Nasional Malaysia (PNM),
Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Antara Steel, Bintulu Port, Felda,
RapidKL, Sarawak Oil Palm, Megasteel, Pos Malaysia Bhd., Kuantan Port
dan Bank Negara.

Beliau berkata, polis
bantuan perlu melaksanakan tugas tanpa mengira waktu demi menjamin
keamanan dan mengelak daripada terbabit dengan amalan rasuah yang boleh
menjejaskan imej pasukan polis.

“Selepas bertugas kelak, setiap
polis bantuan akan terdedah dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan
sekiranya mereka leka, polis bantuan terbabit akan mudah terjebak dalam
kegiatan yang memalukan pasukan seperti rasuah,” katanya.

Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Perbarisan
Tamat Latihan seramai 140 pelatih Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2008
Pusat Latihan Polis (Pulapol) Muar di sini semalam.

Turut hadir,
Komandan Pulapol Muar, Deputi Supritendan Md. Khair Othman dan Pegawai
Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Supritendan Ismail
Latip.

Semua polis bantuan yang menamatkan kursus selama dua
bulan bermula Julai lalu itu akan ditempatkan sebagai pengawal
keselamatan di 14 agensi terkemuka di seluruh negara.

Sementara
itu, Konstabel Nasim Mohammed Pouzi, 20, yang bertugas di Pos Malaysia
Berhad dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan.

Selain
beliau, Konstabel Mohd. Naim Azizan, 22, yang juga bertugas di Pos
Malaysia Berhad dipilih sebagai pelatih terbaik latihan luar manakala
Konstabel Nik Khairul Izani Adni, 26, yang bertugas di Bank Negara
dipilih sebagai pelatih terbaik dalam bidang akademik.

(Dipetik
dari Utusan Malaysia Online – Johor)





Malaysia kekurangan Polis Bantuan

4 05 2010

Perlu 7,605 lagi sebagai tambahan 13,454 anggota sedia ada
bagi capai sasaran 21,059 anggota

SANTUBONG: Malaysia memerlukan 7,605 lagi anggota Polis Bantuan untuk
mencapai sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkuatkan pasukan
Polis Bantuan kepada 21,059 anggota, kata Pengarah Pengurusan PDRM,
Pesuruhjaya Polis Datuk Abdul Razak Bokhari.

Beliau berkata, setakat ini hanya terdapat 13,454 anggota Polis
Bantuan pelbagai pangkat seperti superintenden dan konstabel yang
ber-tugas menjaga keselamatan di seluruh negara.

“Sehubungan itu, kita menyeru kepada agensi-agensi kerajaan, separa
kerajaan dan swasta supaya membuat permohonan menyertai Polis Bantuan.

“Ini kerana tanggungjawab menjaga nyawa dan harta benda memang kita
serahkan kepada agensi masing-masing,” katanya pada sidang media sempena
Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan dan Pegawai-pegawai kanan
PDRM Ke-20 APAC, di sini, semalam.

Menurut beliau, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman akan membuat pertimbangan
serta meluluskan permohonan agensi-agensi berkaitan untuk menambah atau
mengambil Polis Bantuan selaras dengan kriteria-kriteria yang
ditetapkan.

“Ini terpulang kepada mereka (agensi-agensi), jika mereka fikirkan
pertambahan perlu maka mereka perlu melakukannya.

“Kami tidak boleh memaksa mereka untuk membuat pertambahan kerana
per- mohonan adalah secara suka-rela,” katanya.

Razak menambah, bidang kuasa anggota Polis Bantuan juga sama dengan
anggota polis biasa mengikut pangkat-pangkat.

“Seperti tugas-tugas polis biasa, kita (Polis Bantuan) juga boleh
melakukan pencegahan jenayah di kawasan bertugas.

“Selain itu, mereka juga boleh menjadi mata dan te-linga PDRM bagi
membantu kami mendapatkan maklumat untuk mencegah jenayah,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sarawak Energy Berhad
(SEB) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, SEB turut melatih
pegawai-pegawainya sebagai Polis Bantuan bagi meningkatkan kesela-matan.

“Ini sangat penting untuk memperkasakan tugas-tugas mereka ketika
menjalankan kerja-kerja pemeriksaan atau semakan meter.

“Anggota-anggota seperti ini dapat membantu membanteras aktiviti
kecurian kabel dan peralatan SEB.

“Anggota-anggota telah berjaya menumpaskan tiga kes curi kabel pada
tahun ini,” katanya.





Selamat Datang Ke Blog MAPAS

4 05 2010

Selamat datang ke Blog Mapas.





Gaji pengawal naik

28 04 2010

 KUALA LUMPUR 22 April – Mulai 1 Julai ini, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok di antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 hingga 75 peratus. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan menaikkan gaji itu dibuat mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 bertujuan meningkatkan pendapatan pengawal keselamatan di negara ini. Menurutnya, gaji pokok pengawal keselamatan pada masa ini adalah di antara RM300 hingga RM400 sebulan. “Peningkatan gaji pokok ini melibatkan semua pengawal keselamatan iaitu pekerja tempatan atau asing,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Beliau yakin peningkatan gaji tersebut akan menarik lebih ramai rakyat tempatan untuk bekerja dalam bidang itu. “Kenaikan gaji akan dibuat berasaskan kepada pelbagai zon geografi dan butiran mengenainya akan diumumkan kemudian,” jelasnya. Subramaniam berkata, proses sama akan dilakukan bagi para pekerja dalam industri tekstil, elektronik dan hospitaliti.

Menurutnya, kementerian juga sedang menyemak semula perundangan buruh bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Mac lalu. Beliau menambah, kementerian akan menggunakan pendekatan perbincangan secara terbuka dan telus dalam kajian semula itu seperti mengadakan taklimat dan perbincangan dengan wakil-wakil majikan dan pekerja. “Kementerian berharap menerima maklum balas daripada pelbagai sektor terhadap cadangan-cadangan perubahan dan menerusi maklum balas itu kita akan gubal keputusan akhir,” katanya. Wakil majikan ialah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) manakala wakil pekerja ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). – LEE HOOI BOON pengarang@utusan.com.my








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.